Anak-anak ibarat bunga pemberian illahi pada dunia. Bermula dari benih yang kecil, dengan penjagaan yang sempurna, baja yang mencukupi ia mungkin boleh membesar menjadi bunga yang paling cantik di dunia. Tapi bagaimana jika bunga yang diberi dipijak atau dibuang begitu sahaja,belum sempat memberi harum mekar pada dunia ia telah terkulai layu dan lupus dari alam ciptaan darinya.. begitulah juga dengan apa yang terjadi pada hari ini, bayi-bayi yang baru dilahirkan dibuang,dicampak atau ditinggalkan dengan kejam begitu sahaja oleh mereka-mereka yang tidak bertanggunjawab. Pelbagai alasan diberikan tentang kejadian ini, walau apa sekalipun perkara ini tidak harus terjadi dan hukuman lebih berat harus diberikan.
Hukuman bagi kesalahan membuang bayi adalah hanya penjara selama 20 tahun. Adakah ini setimpal dengan perbuatan jijik dan keji mereka yang tidak berakal itu? Bodohnya manusia, pandai membuat anak tetapi tidak pandai menjaganya malah dibuang pula. Apakah darjat seorang bayi? Sedangkan haiwan lagi menyayangi dan mengasihi anaknya, inikan pula seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran.
Riwayat Abu Hurairah
“Bahawasanya Rasulallah s.a.w mencium Husin Bin Ali r.a (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: ‘Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka.’ Maka bersabdalah baginda: ‘Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.’
Cuba anda hayati riwayat di atas, sedangkan perbuatan Al-Aqra bin Habbas itu sudah dikatakan oleh Rasulullah s.a.m tidak dirahmati oleh Allah, inikan pula perbuatan manusia yang mempunyai anak tetapi tidak dihargainya. Jelas disini, perbuatan mereka yang tidak bermoral ini dimurkai oleh yang Esa. Betapa beratnya kekejaman ini tetapi hukumannya masih lagi tidak mampu menggantikan nyawa seorang bayi yang baru ingin mengenali dunia.
Pembunuh!!! Itu adalah ungkapan yang paling sesuai bagi seseorang yang tidak berperikemanusiaan dan menyebabkan kehilangan nyawa bayi tersebut. Apabila seorang bayi dibuang, risiko untuk bayi itu hidup lama adalah tipis. Bayi tersebut mungkin akan digigit oleh anjing liar, dipatuk oleh ular, dilonggokkan bersama-sama sampah ditapak pelupusan sampah atau mungkin yang lebih teruk dari itu. Apakah perasaan anda jika diri anda diperlakukan sebegitu?
Ya, mungkin bayi itu tidak mempunyai perasaan tetapi bagaimana pula bagi seorang bayi yang dijumpai selamat?Bagi yang bernasib baik mereka mungkin dibesarkan di dalam keluarga yang sempurna, tetapi bagaimana pula yang tidak? Kehidupan mereka akan menjadi akan menjadi murung tanpa sedikit kasih saying dari ibu bapa sejak mereka dilahirkan dan mereka tidak tahu langsung tentang asal usul mereka. Impaknya bayi itu mungkin akan mengalami tekanan emosi apabila dewasa atau mungkin lebih teruk lagi bayi itu akan menjadi sampah masyarakat kerana merasakan dirinya tidak berguna dan tidak setaraf dengan masyarakat sekelililng.
Ketika meningkat remaja, apa rasanya jika pada suatu hari, remaja tersebut mendapat tahu bahawa dia adalah anak pungut dari tong sampah, di tepi longkang, di dalam tandas, dan sebagainya? Dia mungkin akan kecewa, patah hati, dan menyisihkan diri dari masyarakat. Mungkin malu dengan status diri sendiri. Pada hakikatnya ini adalah salah ibu bapa mereka yang berperangai seperti binatang tetapi hidup aman dngan mngabaikan tanggungjawab mereka.
Di sini, kami ingin menegaskan bahawa kami tidak bersetuju dengan hukuman berat selama 20 tahun bagi kesalahan membuang bayi. Pada pendapat kami, hukuman yang setimpal adalah penjara seumur hidup serta gantung sampai mati (mandatori). Hukuman seperti ini adalah lebih layak bagi mereka yang tidak berperikemanusiaan ini. Remaja zaman sekarang terutamanya, cuba buka minda anda, berfikiran waras, serta membuat tindakan yang sewajarnya, kami yakin kes pembuangan bayi yang semakin meningkat ini dapat dikurangkan. Apa yang penting, dekatkan diri dengan yang Maha Esa dan teguhkan iman anda.

No comments:
Post a Comment